Aku stress. Stress tahap tinggi. Stress dengan kerja, isteri dan keimanan diri. Semua benda agak overwhelming buat masa sekarang sampaikan aku tak tahu nak buat apa. Cuba discuss dengan bini tapi dia tak faham yang lagi menambahkan stress dan sakit hati. Sebabkan aku stress sangat aku cuba hiburkan hati dengan benda tak elok yang lastnya buat aku lagi stress sebab rasa macam loser gila tak boleh kawal diri.
Pagi ni aku masuk ofis macam biasa walaupun tak bercakap dengan bini. Buat kerja sampai tengahari aku rasa takleh hadap dah situasi ofis dan kerja yang buat aku sakit kepala. Aku keluar pergi Popular. Tengok buku, baca-baca dan beli buku yang aku sendiri tak pasti akan baca atau tak nanti. tapi yang penting stress berkurang. Kemudian aku solat Zuhur dekat masjid berdekatan. Lepas solat duduk berzikir sambil merintih berdoa kenapa hidup sangat memenatkan. Sampaikan aku boleh faham kenapa orang cina ramai bunuh diri bila tak tahan dengan masalah dunia. Sebab aku sendiri rasa kalau aku mati lagi senang tak perlu fikir masalah dunia dah. Cumanya iman lebih tebal dari kulit bawang maka aku tak commit suicide. Lega bila duduk dekat masjid stress makin berkurang. Cuma aku sendiri bodoh tak sampai 5 minit dalam masjid terus keluar padahal suasana dalam masjid tu cukup menenangkan aku sampai rasa ringan kepala.
Sekarang stress aku dah kurang cuma mood aku masih unstable. Aku paling takleh hadap respon bini aku semalam. Respon yang menyebabkan aku give up untuk berkongsi masalah hidup dengan dia. Mungkin nasib badan aku dapat bini yang cuma nakkan aspek kegembiraan dalam hidup aku tapi taknak tahu pasal masalah dalaman aku. Takpa, kesetian seorang wanita akan diuji bila suami dalam kesusahan. Aku redha dengan isteri yang aku dapat. Satu keburukkan dia takkan merosakkan lain-lain kebaikkan dia. InsyaAllah aku sayangkan dia till jannah.
Tentang masalah dalaman diri, aku perlukan ruang dan masa. Ruang untuk aku tenang dan lakukan aktiviti yang aku suka. Melayari internet, media sosial bukan lagi aktiviti yang aku suka sebab lagi menyakitkan kepala. Aku nak banyakkan membaca, tengok TV dan buat aktiviti fizikal sekecil-kecil sapu sampah dalam rumah. Aku perlukan masa supaya minda aku boleh tenang dan kembali gembira. Sekarang aku masih senyum tapi dalam hanya Tuhan yang tahu.
Ini semua ujian. Ujian untuk aku perbaiki diri aku dan maju kehadapan. Ada sedikit kegagalan tetapi aku akan belajar dan bangkit. Aku tak pasti apa nasib aku dekat akhirat nanti tapi yang aku pasti aku tak pernah give up untuk berusaha ke syurga. Moga sekecil mana niat dan tindakan aku, Allah pandang ianya besar dan bermakna.
Amin.
No comments:
Post a Comment