Monday, July 27, 2020

Jalan Hidup Kita

Kita pilih jalan hidup kita. Kita pilih samada nak senang atau nak susah. Kita pilih untuk jadi rajin atau malas. Kita pilih nak mengikut nafsu atau mengawal nafsu. Kita pilih untuk aturan hidup yang kemas atau sambil lewa. Kita pilih untuk berfikiran positif atau negatif. Kita pilih untuk bertindak atau berdiam. 

Kita ada hak memilih. Tapi kita tiada hak untuk menentukan. Kerana ketentuan di tangan Allah. 

Masih sama. Dulu, kini dan selamanya. Aku percaya kita merancang, kita memilih tapi Allah akan menentukan. Cuma bezanya kini aku memilih untuk benar-benar bertindak. Aku memilih untuk berusaha. Aku memilih untuk merancang dengan kemas. Aku memilih untuk berikan yang terbaik. Aku memilih untuk berubah. Aku memilih untuk mendengar. Aku memilih untuk berani. Aku memilih untuk 'action speaks louder than words'. 

Moga Allah sentiasa disisi dalam jalan aku memilih.

1 comment: