Saturday, December 31, 2016

The Struggle Within

Suatu bentuk konflik dalaman yang tidak enak sedang dirasai saat ini. Kelemahan aku adalah untuk berubah mengikut situasi dan suasana baru. Orang baru, rutin baru yang awalnya aku jangkakan bakal mencetus keseronokkan dan kepuasan tiba-tiba menjadi suatu bentuk perasaan lain yang mengganggu dan merimaskan. Pelik. Ya pelik adalah sifat aku. Aku bukan tipikal lelaki yang mudah bergaul. Aku lelaki skema pelik yang hanya dari luaran kelihatan mudah mesra, friendly, talkative dan extrovert. Padahal hakikat di dalamnya penuh gejolak yang melawan segala yang ditunjukkan dari luaran. Orang tak tahu. Apa yang mereka tahu adalah apa yang mereka nampak. Jadi bukan salah mereka. Salah aku. Salah aku yang gagal mengawal jiwa sendiri. Kalau disoal kenapa begitu, banyak jawapannya. Jawapan kepada perkara-perkara luar kawalan aku sendiri. Cuma jiwa meminta kepada sesuatu yang diluar kawal itu. Lantas akhirnya diri sendiri jugak yang parah. But you know what, life is for a fighter. Untuk aku sekadar melayan dan mengadu domba, lebih baik aku melawan dan teruskan hidup. Persetankan segala konflik, fokus kepada 2017. Tahun baru yang aku dapat rasakan bakal membawa buku baru yang lebih indah berbanding 2016. No, 2016 isn't bad at all. Banyak aku belajar sepanjang 2016. Semuanya duka yang kini menjadi suka. Syukur alhamdulillah. 

Akhir kata, let's really looks forward and work hard while pray triple harder. Aku masih lagi manusia with a struggle within. To survive is to kill them.

No comments:

Post a Comment