Tiga hari pertama 2017 agak mendukacitakan. Tiada perkara buruk yang terjadi sebenarnya cuma tiada jugak perkara baik atau menarik yang berlaku. Dan itu aku kategorikan sebagai mendukacitakan.
Aku punya tiga masalah peribadi yang mewujudkan aura serabut dan lemas setiap hari.
1- Disiplin kerja yang agak teruk.
2- Gagal merehatkan minda secukupnya.
3- Terlalu keras dengan diri sendiri.
Jadi misi pertama 2017 adalah menyelesaikan tiga masalah di atas. Misi kedua dan seterusnya akan dilaksanakan selepas selesai misi pertama. One step at a time.
No comments:
Post a Comment