Sunday, December 16, 2018

Of 2018 and 2019

Review 2018:

1. Masih bekerja di tempat yg sama. Fully occupied dgn tugasan yg sedikit berbeza (lebih kepada management dan directing rather than operation). Emosi tentang kerja adalah stabil tapi risau. Bukan tahun pertama bersama Labo Labo jadi harapan untuk perubahan tak begitu tinggi. Plan B harus dirancang dan dilaksanakan.

2. Business plan. Luckily bini minat jugak nak business tapi disebabkan dia pun working together di tempat yang sama maka tahan kesibukkan adalah lebih kurang. Jadi plan untuk business sendiri tertunda. Jugak atas nasihat mak abah yang prefer aku stay kerja sekarang daripada start business sendiri. 

3. Buku. Fail. Tak ingat pun berapa banyak buku dah baca. Yang tahu sikit ja.

4. Self-exploration and behavioural changes. Aku belajar banyakkkkk. Pasal kehidupan. Everyday is a lesson kan. Cuma is it just a lesson to keep or a lesson to learn and practice. Kebanyakkan aku lebih banyak keep rather than practice.

Overall, 2018 is good but not great.

About 2019:

1. Be a better person. To do so, you need to learn. How to learn? Membaca, dengar ceramah agama, , tengok You Tube, melihat sifat manusia dan belajar dari kesilapan (prefer not to). Lepas dah belajar, practice. Dah hidup 30 tahun dengan sifat pemalas, hari ni baca buku cara jadi rajin, agak-agak esok boleh terus rajin tak?

2. Baca, baca dan baca. Target adalah 10 buku. 3 buku fiction dan the rest motivational, bibliografi, self-reflection, business atau lain-lain yang bermanfaat.

3. Get a child, bro! Takda rezeki. Tapi kalau genap setahun belum dapat, kena jumpa doktor. Kalau ada penyakit kena la berubat. Nasib baik kami laki bini boleh sembang elok pasal topik ni. InsyaAllah the best will come.

4. Start a small business. Kesilapan adalah ajak bini aku kerja sekali. Now nak bawak keluar dia agak sukar sebab kerja dia bagus dan nak cari orang lain boleh bagi komitmen macam tu memang susah. So bini dah takleh work as part-time businesswoman so aku kena work together dengan dia. Detail of plan still not exist.

Itu sahaja. Moga hidup kita dipermudahkan. Sekian. :)

No comments:

Post a Comment