Sunday, March 10, 2019

Cinta Sejati

Jatuh cinta memang seronok. Tapi bahaya. Bahaya bila mana kita rasa cinta pada manusia itu adalah cinta sejati. Bagi aku, cinta sejati adalah cinta pada Allah. Cliche tapi benar.

Berpadalah ketika bercinta. Bersederhanalah. Jadikan saling menyayangi dan mencintai itu adalah kerana Allah S.W.T. Jangan sesekali letakkan cinta pada Allah cinta kedua.

Sebab tu bila putus cinta ja manusia sibuk cari Allah. Tapi bila tengah hanyut dan buta bercinta, bukan main lupa segalanya.

Pesanan ringkas ini utk renungan semua bersama-sama. Kadang-kadang asyik bercinta sampai lupa nak bersujud, berdoa sepenuh hati.

Moga kita semua sentiasa jadikan cinta sejati kita hanya pada Allah.

No comments:

Post a Comment