Friday, March 22, 2019

Now I Learn!!

Aku selalu terfikir kenapa dalam hidup aku masalah sentiasa ada. Semua masalah ni muncul lepas habis belajar. Kadang-kadang aku terfikir jalan hidup yang aku pilih ni salah, sebab tu masalah datang bertimpa-timpa. Atau adakah sifat kehidupan memang macam tu? Makin berusia makin banyak masalah kena hadap. Tengok pulak di SocMed kawan-kawan, instafemes, artis update post bagaikan hidup sentiasa happy. Tapi aku faham realiti SocMed, banyak yang nak nampak gah di mata followers. Vulnerability dan kerapuhan hidup tu berapa kerat je yang sanggup berkongsi di SocMed. So aku tak kisah sangat pun dengan hidup orang lain. Hidup aku ni. Kenapa macam masalah datang non-stop? Lepas satu, satu. Stress dan sedih. Terfikir apa dosa aku sampaikan Allah bagi ujian macam-macam. 

Akhirnya aku terfikir, ujian datang kepada hambaNya yang mampu menangani masalah tersebut. Allah Maha Adil dan Bijaksana. Takda apa perlu dirisaukan sangat. 

Ujian Allah ni unik. Ujian Allah sentiasa akan datang. Bila kita berjaya hadap ujian tu dengan cemerlang, consider diri kita dah upgrade satu level. In other words, we are a better person. So bila kau dah berjaya upgrade diri kau, automatically akan ada ujian lain untuk test kau layak tak nak ke level seterusnya. And it's will go on, on and on macam tu sampai kita semua mampus. 

Jadi, kesimpulannya, never be afraid to face test!! Jangan takut! Bila ada masalah atau ujian, keep calm and find a solution. Jugak kawal diri supaya hadap ujian tu dengan cara terbaik pernah kau buat. For example, kalau selama ni bila ada member ofis kau pemalas ya Rabbi sampaikan semua task together kau je yang kena buat, keje kau adalah memaki dan membawang pasal dia dengan member. Now better kau jumpa dia personally and talk nicely. If dia tak dengar, go to your boss and avoid him/her in your life. Don't stay with toxic people ya!!

Never say bad things about people. Amal makruf nahi mungkar. Always be a better person of yourself. Dan paling penting, DOA SENTIASA SUPAYA ALLAH BAGI KEBIJAKSANAAN DAN KESABARAN SERTA KEIMANAN DALAM SETIAP TINDAK TANDUK KITA SEMASA HIDUP INI.

InsyaAllah, Allah Maha Adil dan Saksama. You'll get what you deserve.

No comments:

Post a Comment