Tuesday, January 23, 2024

Amanah, Tanggungjawab, Jati Diri & R.O.I

It’s a simple topic. Tercetus dalam fikiran aku bila berlaku something yang tak berapa seronok dalam hidup aku. 

Kenapa kerja berhempas pulas kalau tak dinaikkan pangkat, gaji dan sebagainya?

Kenapa nak jaga hati orang bila orang tak jaga hati kita?

Dan…

Kenapa nak bersedekah kalau lepas tu kita tak dapat pulangan berkali ganda?

Rasanya last question tu dah menjawab lagi 2 soalan dekat atas. 

Kenapa kerja berhempas pulas kalau tak dinaikkan pangkat, gaji dan sebagainya? Sebab kerja adalah amanah yang kita pegang dan terima bila kita setuju untuk terima kerja. Kalau dalam aspek kerja ni lebih mudah, ada job scope. Buat kerja berdasarkan job scope, kalau luar job scope tak payah la rajin sangat. Tapi konfem korang pernah jumpa member yang bukan job scope dia pun tapi tetap rajin nak buat. Ni bukan yang kaki kipas ya, ini jenis yang memang rajin. Samada sebab dia memang suka keja tu atau jadi diri dia kuat, whatever my work or whenever I work, I’ll always bring the best. Pulangan? Itu nombor dua. Yang penting keja kena the best. Sometime more than the best. Sumpah tak ramai macam ni tapi seriuslah jom jadi macam ni. Ada pulangan cuma kita nak nampak. Keja aku sekarang takde la paling seronok tapi aku always do the best or at least try to do the best. Pulangannya ada pada keberkatan duit yang aku dapat insyaAllah. Keluarga aku sihat. Ketenangan mental aku. Semua tu pulangan sebenarnya cuma kita tak nampak.

Kenapa nak jaga hati orang bila orang tak jaga hati kita? Sama je point macam atas tu. Sebab jati diri kita adalah menjaga hati orang. Kalau kau jahat tak jaga hati aku, aku cuba sedaya upaya untuk tak perlu bergaul dengan kau dalam masa yang sama taknak sakitkan hati kau. In relationship selalu la jadi macam ni. Suami cakap kasar tak jaga hati bini tapi bini sentiasa lembut jaga hati suami. Vice versa. Amanah dan tanggungjawab bila dah akad nikah kita sebagai suami taknak sakitkan hati isteri. Cuba sedaya upaya jangan sakitkan hati isteri. Aku sendiri asalnya baran. Lepas kawen nak kata hilang 100% tak lagi tapi Allah tahu aku cuba sedaya upaya untuk jaga cakap dengan tingkahlaku aku. Kalau bini kata kita ni masih tak cukup baik, insyaAllah Allah knows best. Usaha itu penting. Ada ganjaran untuk usaha walaupun hasil tak memberansangkan.

Itu yang aku tanya pasal sedekat tu. Sedekah ni orang selalu cakap ada ganjaran. Dulu aku pernah sedekah masjid RM50 waktu solat jumaat. Laju je tangan aku masukkan note RM50 tu sambil dalam hati insyaAllah lepas ni Allah bagi lebih. Cuma lebih tu aku membayangkan dapat la gaji RM5000 ke. Hahahaha. Tak dapat lah ye sampai sekarang. Lama aku baru betul sedar Allah bagi benda lain. Cuma aku yang tak nampak. Paling tak nampak adalah Allah bagi pahala. Ada sesapa nampak pahala?

Back to basic. Itulah point aku sebenarnya. Usahakan dalam diri kita buat sebab nak dapatkan pahala dan redha Allah. Cuba untuk jangan ada rasa berkira dengan kebaikkan. Sentiasa memberi kebaikkan walaupun pulangan tak seperti yang kita nak. Never pun any expectation! Okay itu topik lain tentang expectation. Nanti kita tulis lain.


No comments:

Post a Comment