Bila dah lama tak menulis, idea dan penulisan semua jadi berkarat. Type then delete. Type then delete. Nak create satu paragraph yang ada kesinambungan yang cantik pun susah. Sesuatu yang normal bila kita stop doing something then the skill and memori akan fade away as time goes on.
Anyway, how's everyone's life?
Untuk aku, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Boleh dikatakan since aku tutup business aku at the end of 2021, back to makan gaji balik, semuanya lebih baik. Ya, of course makan gaji tak boleh jadikan kita jutawan. That's the fact to those yang makan gaji kena terima. Doing business ni, if you do it's right, your salary is no limit. Cumanya tak semua orang kejar duit dalam kehidupan. Duit itu penting, tak boleh deny on that, tapi untuk aku yang lebih penting adalah ketenangan dalam kehidupan. Dulu time aku buat business, tidur malam pun kacau sebab asyik berfikir pasal business. Staff buat hal, nak bayar duit supplier, sales slow, nak pusing cashflow, equipment rosak dengan macam-macam lagi. At one time, aku doa aku tidur terus mati je. Tengah drive kereta, aku doa ada lori langgar kereta aku dan terus mati on the spot. That's the moment aku sedar yang something is very wrong dengan kehidupan aku waktu tu. Then one day salah sorang orang kuat aku berhenti mengejut. Dia marah kena tegur terus blah naik motor. Aku terkedu tapi continue kerja macam biasa. Malam tu tak boleh tidur, esok datang kerja suruh semua staff sambung kerja macam biasa. Aku take over kerja dia. Dalam 2 hari aku buat macam tu then bincang dengan bini aku macam mana nak buat. Aku cakap aku terfikir nak tutup kedai dan nak cari kerja makan gaji balik. Bini aku agree jer. Aku pergi kedai bagitau semua team kata kedai nak tutup immediately, gaji akan dibayar sampai hari last dan minta maaf banyak-banyak kalau ada salah silap dengan semua. Alhamdulillah staff pun okay jer. Takde la yang marah-marah atau bergaduh ker.
Kedai aku tutup end of October 2021. Sebulan aku stay rumah dan job hunting berbekalkan duit saving bawah 10k. Fun fact, waktu ni wife aku 7 months pregnant. Awal December 2021, aku dapat kerja dengan basic RM1500. Dengan bantuan business baking wife dan mak bapak aku, dapat la kami laki bini teruskan hidup.
Since then, life actually just keep getting better. Dalam tempoh 4 bulan kerja aku naik pangkat as manager. Gaji pun naik double. Then after 3 years, last year aku tukar kerja ke company lain dengan gaji lebih baik. This current job adalah job yang hampir sama aku pernah kerja pada tahun 2015 sebelum aku mula berkecimpung dalam dunia business. Dan sekarang goal aku adalah untuk achieve balik job lama aku iaitu sebagai lecturer. Aku baru start sambung master dekat UiTM Puncak Alam and now enjoying life as never before.
That's the career part of my life. Part family pulak, alhamdulillah October last year kami dimurahkan rezeki anak kedua, our baby girl. Walaupun ada jugak ujian untuk wife aku terutamanya semasa nak melahirkan baby kedua ni, overall it's a very good feeling for both of us. Imagine 4 years TTC since 2018, then anak first kami pada 2022, it's feel so fairytale-like. At one time during our TTC journey, kami terfikir maybe rezeki anak bukan rezeki kami and now Allah berikan a pair of boy and girl kepada kami. No words to describe our feeling right now. Maybe 'blessed' is the best example to describe that feeling.
So yeah, that's the update so far. Life has been very great. No complaints at all. But always remember life is not without a challenge. Akan tiba masa Allah akan uji kita dengan sesuatu. Moga bila waktu tu tiba, kita semua sentiasa bersedia dan mampu melaluinya dengan baik. Amin. :)

No comments:
Post a Comment